Sunday 10 March 2013

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 2013 (PENGANGKUTAN AWAM)
arian di Google: taip definisi / konsep pengangkutan awam. Anda akan dapat antaranya ialah:
1) Wikipedia
2) Blog dan blog ini dan blog ini...
3) laman web 1Klik

Anda juga boleh mendapatkan maksud pengangkutan awam dalam Kamus Pelajar Bahasa Melayu. Ini sumber bukan internet dan ini adalah satu jenis rujukan selain internet. (Ingat, anda perlu 3 rujukan. Biasanya, jenis rujukan ialah Kamus, Internet dan Orang Sumber)

Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan "Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam ialah...........................". Takrif pengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat. Nyatakan contoh-contoh pengangkutan awam seperti bas awam, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya. KTM komuter mengenakan sejumlah tambang yang tertentu antara laluannya dari Rawang ke Seremban kepada orang ramai yang menaikinya.

Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang ramai dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta-mempunyai kadar tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu

8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda hendaklah diterangkan dengan jelas beserta contoh. Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, KTM komuter, teksi, van sewa di kawasan kajian Taman Bukit Maluri sahaja dan bukan di seluruh Kuala Lumpur. Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat pengangkutan LRT, anda jangan huraikannya.

Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan dengan, "Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu ......................................". Huraikan ciri-ciri satu jenis atau lebih pengangkutan awam.
* Bas Awam: Nama bas (tertulis pada badan bas awam, ok?). Kekerapan (setiap x minit). Masa perkhidmatan paling awal dan paling akhir. Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta kawasan kajian. Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang perjalanan.
* KTM Komuter: Lokasi stesen KTM berhampiran kawasan kajian. (Tandakan lokasinya peta kawasan kajian anda). Jenis laluan ie Rawang-Seremban. Kekerapan ie setiap 15 minit / 30 minit. Masa mula dan masa terakhir.  (Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang perjalanan.  Tempat letak kereta.
* Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian. Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian.

8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 4 kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, soal-selidik dan internet (Terdapat banyak maklumat di internet). Antara kepentingannya:


    Mengangkut barangan                                         Sumber 
pendapatan
    Mengurangkan kesesakan                               •    Peluang 
pekerjaan
    Ketersampaian                                                 •    Kemajuan 
industri 
sokongan
    Mengangkut 
penumpang                                     Meningkatkan 
mobiliti 
penduduk
    Pelancongan                                                        Menjimatkan 
masa
    Perdagangan                                                        Menjimatkan kos

Saya memberikan poin-poin untuk beberapa kepentingan sahaja. Anda kembangkan poin-poin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda sendiri dengan bimbingan guru-guru anda.

*Mengurangkan  kesesakan: a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam, KTM komuter, LRT dsbnya -penumpang tidak menggunakan kereta sendiri-mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya
                                              b) kesesakan dalam bas-macam sardin-wujudkan kereta api elektrik seperti  KTM komuter, LRT dan lain-lain untuk mengurangkan kesesakan tersebut.
* Mengangkut penumpang: Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) - pekerja (awam dan swasta),  suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi. KTM komuter, LRT, ERL-dengan pantas-elak kesesakan di jalanraya-mengangkut lebihan penumpang yang tidak dapat ditampung oleh bas dan teksi.
* Mengangkut barangan: Lori, kereta api, kapal-barangan pukal / berat / banyak
* Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah.
* Menjimatkan masa: Kereta api elektrik lebih laju/lebih cepat- boleh sampai tepat pada masa-KTM komuter, LRT, ERL, Monorail tidak berkongsi laluan dengan pengangkutan lain-tiada kesesakan lalu-lintas
* Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol - menjimatkan perbelanjaan rumah
* Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dsb-meningkatkan taraf hidup penduduk.
* Pelancongan: Sistem pengangkutan awam yang dirancang dengan baik memudahkan pelancong bergerak dari suatu tempat menarik ke tempat menarik yang lain. ie. Putrajaya. Beca-pengangkutan awal-P.Pinang dan Melaka-membawa pelancong di sekitar bandar.

Setelah anda menghuraikan 4 kepentingan (jangan lupa nyatakan kaedah yang digunakan iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual), tulis nilai murni atau unsur patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh.
Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral.
Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara..
Contohnya, 'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka...' Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan..

8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 5 masalah diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.
Bagaimana mengetahui masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian, temubual atau soal selidik. Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara dan bunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual ibu bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian (kalau anda berani dan tidak segan. Alaa, 3 orang sahaja).  Ataupun, kalau malas bercakap, buat borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20 orang responden. Apakah masalah paling kerap 'ditanda' dalam borang tersebut? Anda boleh bina jadual dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik.

Saya akan bagi poin-poin dan anda mesti belajar mengembangkan poin-poin tersebut seperti membuat karangan B. Melayu atau B. Inggeris. Ini adalah kemahiran yang anda mesti asah semasa menulis laporan KKG. Saya tidak mahu berikan contoh karangan yang lengkap sebab saya tidak mahu anda tiru bulat-bulat. Ada pelajar dengan mudah 'copy-paste' semua seperti yang pernah dibuat sebilangan pelajar-pelajar saya.

Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. (Sumber: Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkan asap kotor.

Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan landasan kereta api

Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-sarap ke kawasan perairan
Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRT-kereta  diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit. Kekurangan bas awam-bas tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas

Tambang mahal:  tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja
Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara merbahaya
Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardin-penumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat.  Penukaran dari KTM-LRT-sukar-tiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat.

Keselamatan penumpang 
terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi stesen LRT jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti.

Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meter-pemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong.

Darjah 
ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas

Kos bahan api 
meningkat: tambang meningkat
Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi

Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu.

Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja.  Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ' masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'. Memang banyak bantuan seperti Dewan Masyarakat Ogos 2012..... Blog BMBM......Utusan.com.

8.4 Cadangan Mengurangkan Masalah Perkembangan Pengangkutan di Kawasan Kajian. Huraikan 5 cadangan diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.

Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian anda. Sekarang anda perlu mencadangkan bagaimana mengurangkan masalah-masalah tersebut. Adakalanya beberapa cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja, contohnya: untuk pencemaran udara, bolehlah anda cadangkan kuatkuasakan undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap dan penggunaan bahan api alternatif.  Nah, sudah cukup lebih 5 cadangan. Tambah nilai / unsur patriotisme, sudah boleh dapat markah penuh (kalau huraiannya bagus)

Walau bagaimanapun, anda mungkin berminat untuk memberi cadangan lain untuk mengurangkan masalah keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak mengikut peraturan jalan raya), anda boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber: Wikipedia.."satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya dan kursus pemanduan berhemah.  
Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah:

    Kuat kuasa undang-undang -mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor 
    Kempen alam sekitar
    Pendidikan alam sekitar
    Penggunaan petrol tanpa 
plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum
    Penapis asap / 
Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya

    Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan laluan bas dan sebagainya. Baca di sini "Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar" ..
    Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti)
    Penggunaan bahan api 
alternatif (contoh; diesel diganti dengan NGV, elektrik, tenaga suria)
    Kursus pemanduan berhemah 
(klik link yang diberikan sebelum ini)
    Nota: 
Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian.
Peta Taburan sumber mineral di Malaysia. tengok, teliti dan ingat lokasi tersebut. baru senang nak jawab nanti

Saturday 9 March 2013

pencemaran alam sekitar


Dengarlah semua agar bumi kita selamat didiami. Tiada dah tempat lain untuk kita tinggal.

KEMAHIRAN GEOGRAFI BAB 1-3

KEMAHIRAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

BAB 1 : KEDUDUKAN
1.1         PANDUAN GRID 4 ANGKA
1.2         PANDUAN GRID 6 ANGKA
1.3         KETINGGIAN : a) batu aras       
                                         b) tanda aras
                                         c) stesen trigonometri
                                         d) garisan kontur
BAB 2 : ARAH
2.1        BEARING SUDUTAN/ AZIMUT/BULATAN PENUH
             a) nilai sudut 0 - 360
             b) berasaskan arah utara
             c) mengikut pusingan jam
2.2        BEARING SUKUAN
             a) nilai sudut - 90
             b) berasaskan arah utara dan selatan
             c) boleh mengikut pusingan jam ( Utara -Timur, Selatan - Barat)
             d) lawan arah jam (Utara - Barat, Selatan - Timur)
BAB 3: SKALA DAN JARAK
3.1       3 jenis skala a) Skala Lurus
                                b) Skala Penyata
                                c) Skala Pecahan Wakilan
3.2       Jarak: a) Jarak lurus - guna pembaris & jangka tolok
                      b) Jarak melengkung - benang dan sejalur kertas